0

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Senpai Monday, February 14, 2011

Mari aku citer sket pasal sejarah Maulidur Rasul ni... in short story.

Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.

Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.

Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;

  1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.
  2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
  3. Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
  4. Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
  5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
  6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.
  7. Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
  8. Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.
  9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.


Begitulah sejarah dah sikit salasilah mengenai hari Maulidur Rasul.. :)


0

Revolusi Filem Melayu

Senpai Friday, January 14, 2011

#1 Hikayat Merong Mahawangsa
#2 Karak

Revolusi filem melayu membuat sejarah apabila KRU studios pengarah oleh Yusry telah menghasilkan filem yg cukup berkualiti dan boleh dikatan world standard la. Tapi lepas ni mesti ade pengkritik dok kutuk2 hasil keje derang ni, ye la ade je la tak kene. Bagi aku.. kedua filem ni dah cukup untuk menaikkan lg industri filem kite sendiri, ye la selalu dgr rempit la bohsia la cinta la ape2 je la.

Dan lagi satu Mantera filem Sci-fi Malaysia yang memang gempak ala2 mecha. Tahniah kepada direktor semua ni yang menaikkan revolusi filem2 kite, memang tak best la kalo takde sambutan sbb pikiran org kite ni masih sempit lg kalu pasal sci-fi dan efek2 pd muvie. Haihh tulung la.. aku ni peminat star wars tau.. huhuhu minat sci-fi semua

0

Suatu Yang Tak Best di Mudah.my !

Senpai Thursday, January 13, 2011



Mula2 mesti kelakar bile terjumpe iklan "bende" camni kat tempat femes di mudah.my .. tapi dipikir balik ... nape la mod mudah.my leh approve bende mcm ni. Takut nanti semua jd trend terkini jual diri la .. jual dara la.. huhu tak beragk mod mudah.my approve iklan mcm ni ... dan pade orang ni.. patut2 le kalau desperate camne sekali pun .. kalau anda pompuan lain citer la .. tapi anda laki ... atau .. pondan ke tatau la hehehe. Jangan la jadi camni kalau dah terdesak sekali pun... malu weh. Pade korang la kalu sesape kawan kepada org ni.. nasihatkan la.. huhuhu sedey tgk org jadi mcm ni.
0

Facebook tutup 15 March 2011 ??

Senpai Sunday, January 9, 2011
Ohh memang amat tidak best bile dgr berita tu tapi yang tak best berita tu semuanya tak betol la, jangan le pecaya, kalau facebook nak tutup pun mesti die dah keco kat CNN ke google news ke, takkan la org kaya tu nak tutup camtu je kan?.

Berita dari : http://weeklyworldnews.com/headlines/27321/facebook-will-end-on-march-15th
0

Lagu kantoi smpai ke china

Senpai
Lagu Kantoi memang comel dinyanyikan walaupun bukan org kite sendiri, ianya dinyanyikan oleh seorang warga china di rancangan China Idol (tatau la betol ke tak mungkin Taiwan Idol kot). Memang cumil walaupun beberapa tahap ade kesongsangan suare tp overall memang best bile dgr lagu kite sendiri smpai kesana.

0

Kembali

Senpai

Maaf ya .. sebab dah lama sgt x masuk blog sebab masalah pendirian huhu.. ok mulai saat ini .. aku akan update blog ni hampir setiap waktu .. huhuhu


0

DJ mixing board touchscreen punye

Senpai Tuesday, August 24, 2010


Memang tak best la kalau bende ni tak release lagi.. ia dipanggil Token. Memang hi-tech punye DJ Mixing yang function die multi-touchscreen. Pembuat nya adalah Rodrigo Campo of Santiago, Chile. Diberitahu software yang diproject ke screen ialah dari windows 7 yang dibuat sejak 4 bulan lepas dan dijangka release bulan 9 ni. Bende ni memang kool kalau dapat buat dekat2 club ke party ke memang kool..
 
Copyright 2010 Blog Tak Best